AL-KHWARIZMI

BIOGRAFI



Nama :
Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khwarizmi

Gelaran :
Al-Khwarizmi, Al-Cowarizmi, Al-Goritmi

Bidang :
Matematik, Astronomi

Tempat Lahir :
Bukhara (780 M - 850 M)

Tempat Tinggal :
Khawarizm, Uzbekistan



        Penulis sejarah matematik, George Sarton mengungkap bahawa Al-Khwarizmi adalah seorang ilmuwan yang teragung, hingga menggolongkan antara abad IV – V sebagai Zaman Al-Khawarizmi. Sementara E.Wiedermann mengungkapkan bahawa peribadi Al-Khwarizmi sebagai seorang ilmuwan yang genius. Smith dan Karpinski turut menggambarkan peribadi Khwarizmi sebagai:

"..tokoh terbesar pada masa keemasan Baghdad, salah seorang penulis Muslim yang menggabungkan ilmu matematik klasik barat dan timur, mengklasifikasikan dan akhirnya membangkitkan kesedaran terhadap Eropah . Beliau ini adalah… peneliti besar dan sumbangsihnya terhadap ilmu algebra dan aritmetik yang sangat besar"
 - (David Eugene Smith dan Karpinski, 1911, The Hindu-Arabic Numerals, Boston and London: Ginn and Co.Publishers, 4-5).


RIWAYAT HIDUP AL-KHWARIZMI

        Beliau menetap di pinggiran kota Baghdad semasa zaman pimpinan Khaliah al-Ma’mun pada zaman Bani Abasiyyah. Beliau merupakan anggota Baitul Hikmah dalam meneliti, melakukan kajian dan penghasilan ilmu pengetahuan dan penterjemah yang didirikan oleh Khalifah Harun al-Rashid. Pada masa al-Khawarizmi turut hidup tokoh-tokoh astronomi dan matematik yang lain. Hampir sebahagian besar pencapaian dan sumbangan beliau didekasikasikan untuk al-Ma’mun. 



       Beliau diungkapkan mencuba untuk membuat ramalan mengenai masa hidup Nabi Muhammad S.A.W melalui ilmu astronomi. Beliau menghitung secara cermat daripada kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W sehinggalah kewafatan baginda. Beliau turut termasuk dalam salah seorang ahli astronomi yang bekerjasama dalam menghasilkan peta dunia iaitu Peta Ptolemy. 

Peta Ptolemy

KARYA AL-KHWARIZMI

ALGEBRA




'Science in a Golden Age - Al-Khwarizmi : The Father of Algebra'
sumber dari : Al-Jazeera


      Algebra ataupun ‘al-Jabar’ yang dikenali sebagai ilmu hitung. Pada zaman itu, algebra menggunakan angka-angka Arab. Perkataan Al-jabar diambil dari kata depan judul buku yang dikarangnya, yaitu al-Jabr wa al-MuqabilahThe Book of Restoring and Balancing’. Dalam buku ini, beliau merumuskan dan menjelaskan secara terperinci mengenai JadualTrigonometri. Bukan itu sahaja, beliau turut memperkenalkan sejumlah Teori Kalkulus Dasar. Beliau turut memperkenalkan angka nul ‘0’ dan dipergunakan di dalam sistem abakus. 

sebahagian isi kitab al-Jabr wa'l Muqobilah

            Beliau merupakan ilmuwan muslim pertama yang terkenal di bidang ini. Sebuah karangan al-Khawarizmi yang dianggap penting dan telah disalin dalam bahasa Latin adalah Trattari d'Arithmetica. Buku tersebut membahas beberapa soal hitungan, asal-usul angka, dan sejarah angka-angka yang masih lagi diaplikasi pada zaman kini. Trattari d'Arithmetica diterbitkan pada tahun 1857 di Rom. 


            Manakala kitab al-Jam wa’l tafriq bi-hisb al-Hid pula berkait dengan teori persamaan linear dan kuadratik dengan satu variable yang tidak diketahui sebagaimana dasar perhitungan yan terkait bilangan binomial dan juga trinomial. Ilmu algebra merupakan penyempurnaan terhadap pengetahuan yang telah dicapai oleh bangsa Tamadun Mesopotamia. Selain itu, di dalam Arithmatica of Diophantus turut telah tercatat tentang persamaan kuadratik namun tidak secara sistematik. 

ARITMETIK

Karya aritmetik Al-Khwarizmi berjudul kitab al-Jam wa’l-Tafriq bi-Hisab al-Hid 'Book of Addition and Subtraction by the Method of Calculation' kemungkinan ditulis setelah penyempurnaan konsep Algebra. Walaupun begitu edisi bahasa Arab telah hilang, tapi versi Latin yang ditemuitahun 1857 di perpustakaan Universiti Cambridge, diyakini merupakan karya Al-Khwarizmi yang diterjemahkan oleh Adelard of Bath pada abad XII. Buku ini diterbitkan oleh B. Boncompagni dengan judul Algoritmi de numero indorum (Roma, 1857) manakala Kurt Vogel dengan judul Mohammed ibn Musa Alchwarizmi’s Algorithmus (Aalen, 1963). 

ASTRONOMI

Beliau menhasilkan kitab yang berjudul Zij al-SindhindTable of Astronomy’ dimana didalamnya terdiri daripada 37 simbol pada calendar astronomi. Versi Bahasa Arab yang dihasilkan pada tahu 820 M telah hilang namun versi lain oleh ahli astonomi yangberasal daripada Sepanyol iaitu Maslama al-Majriti yang ditulis dalam Bahasa Latin. 

Comments

  1. Overall..keseluruhan blog tentang Al-khawarizmi amat lengkap disertakan dengan video yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Thanks untuk pengisian yang berguna dan memperkenalkan tokoh2 islam

    ReplyDelete
  3. Al-khawarizmi. Tokoh yang biasa didengar tapi xtaw pom siapa beliau. Terima kasih untuk info yang lengkap dan padat😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts