Kerajaan Bani Abasiyyah





Wilayah Penguasaan Bani Abasiyyah
                

         Pemerintahan Dinasti Abasiyyah merupkan lanjutan daripada pemerintahan zaman Umayyah yang telah digulingkannya. Ia dinamakan ‘Abasiyyah’ kerana para pemimpinnya dan penguasanya terdiri daripada keturunan Rasulullahh S.A.W itu sendiri iaitu Abbas ibn Abd. Muthollib. Nama Abasiyyah berasal dari perkataan ‘Al-Abbas’ yang merupakan keturunan bani Hashim. Tujuan penubuhannya adalah untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hashim yang beranggapan tampuk pemerintahan hanya layak disandang oleh keturunan mereka. Dinasti ini diasaskan oleh Abu al-Abbas Abdullah as-Saffah ataupun hanya dikenali as-Safah. 







STRUKTUR KERAJAAN ABASIYYAH


          Kerajaan Abasiyyah mempraktikkan system pemerintahan secara Warisan sebagaimana yang diamalkan oleh Kerajaan Bani Umayyah. Pusat pemerintahan didirikan di Kota Baghdad. Hal ini kerana, kedudukan wilayah Baghdad yang amat strategik dan mudah untuk dijangkau oleh pelbagai wilayah. Penguasa Kota Baghdad adalah Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur manakala arkitek yang mendirikan kota itu adalah Hajjaj Ibn Arthah dan Amran Ibn Wahdhah. Kota Baghdad dibentukkan secara budaya dan mengambil gaya bangunan seni Islam. Di tengah – tengah kota didirikan istana ‘Qashruzzahab’ atau diberikan nama Istana keemasan dengan seluar 160,000 kaki persegi. 



Kota Baghdad



Senarai Khalifah Bani Abasiyyah

·Abu al-Abbas al-Saffah 750 - 754

· Al-Mansur 754 - 775

· Al-Mahdi 775 - 785

· Al-Hadi 785 - 786

· Harun al-Rashid 786 - 809

· Al-Amin 809 - 813

· Al-Ma'mun 813 - 833

· Al-Mu'tasim 833 - 842

· Al-Wathiq 842 - 847

· Al-Mutawakkil 847 - 861

· Al-Muntasir 861 - 862

· Al-Musta'in 862 - 866

· Al-Mu'tazz 866 - 869

· Al-Muhtadi 869 - 870

· Al-Mu'tamid 870 - 892

· Al-Mu'tadid 892 - 902

· Al-Muktafi 902 - 908

· Al-Muqtadir 908 - 932

· Al-Qahir 932 - 934

· Ar-Radi 934 - 940

· Al-Muttaqi 940 - 944

· Al-Mustakfi 944 - 946

· Al-Muti 946 - 974

· At-Ta'i 974 - 991

· Al-Qadir 991 - 1031

· Al-Qa'im 1031 - 1075

· Al-Muqtadi 1075 - 1094

· Al-Mustazhir 1094 - 1118

· Al-Mustarshid 1118 - 1135

· Ar-Rashid 1135 - 1136

· Al-Muqtafi 1136 - 1160

· Al-Mustanjid 1160 - 1170

· Al-Mustadi 1170 - 1180

· An-Nasir 1180 - 1225

· Az-Zahir 1225 - 1226

· Al-Mustansir 1226 - 1242

· Al-Musta'sim 1242 - 1258



KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ABASIYYAH

Arca Patung Harun Al-Rashid

         
Kerajaan Dinasti Abasiyyah mencapai zaman kegemilangannya semasa tampuk pemerintahan oleh Khalifah Harun Al-Rashid dan juga anaknya Al-Makmum iaitu pada abad ke-9 masihi. Pada zaman tersebut, kegiatan ilmiah berkembang dengan pesatnya dan meluas melalui kegiatan peenghasilan karya penulisan dan penterjemahan. Kota Baghdad pada zaman tersebut telah menjadi pusat penyebaran ilmu intelektual islam hasil kajian daripada karya-karya ilmuan dari Yunani, Rom, Parsi dan Tamadun Indus. Institusi Baitul-Hikmah telah didirikan dimana institut tersebut menjadi pusat pengumpulan ilmu pengetahuan dan para cendekiawan dari pelbagai bidang iaitu agama, sejarah, sains, perubatan dan sebagainya.



Tinggalan Tapak Baitul Hikmah


KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABASIYYAH


          Terjadi semasa pemerintahan khalifah Al-Wasith pada tahun 840 Masihi. Hal ini kerana baginda gagal dalam melaksanakan perubahan dalam pentadbiran menyebabkan orang Turki dan Parsi mula menguasai pentadbiran. Disebabkan itu, mereka yang berbangsa arab semakin dipinggirkan. Menjelan kurun ke-9 Kerajaan Bani Abasiyyah mula berlaku perpucahan akibat daripada timbulnya pelbagai fahaman islam iaitu syiah, sunni, muktazilah yang gagal dikawal oleh Khalifah Abasiyyah. Berikutan itu, beberapa wilayah yang dahulunya pernah dikuasai oleh Bani Abasiyyah telah memisahkan pentadbiran mereka kerana tidak mahu mengikut telunjuk penguasaan pemimpin dari Parsi dan Turki. Kemuncak kejatuhan Bani Abasiyyah pada tahun 1258 Masihi semasa dibawah tampuk pemerintahan Khalifah Al-Mu’tasim di mana pada masa ini seorang Menteri telah melakukan khianat yang mengakibatkan tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan telah Berjaya menakluk dan memusnahkan Kota Baghdad.


Video 'The Fall of Baghdad yang diadaptasikan daripad penaklukan Hulagu Khan 'The Slaughter of Islam'  terhadap Kota Baghdad





Comments

Popular Posts