Definisi Sains & Teknologi

 Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu science. Sains dari bahasa Latin ” scientia ” yang bermaksud pengetahuan manakala dalam bahasa Arab pula ialah Al-Ilm yang bererti tahu. Berdasarkan web new collegiate dictionary definisi dari sains adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang merangkumi suatu kebenaran umum dari hukum – hukum alam yang terjadi misalnya diperoleh dan dibuktikan melalui kaedah saintifik. 

      Dari segi istilah, sains dalam hal ini merujuk kepada sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena yang terjadi di alam. Selain itu, ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui bukti yang merangkumi kebenaran hukum – hukum alam yang berlaku dan dapat diperoleh daripada kaedah saintifik. Secara umumnya sains ialah sebagai sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena-fenomena yang terjadi dengan sistematik tentang struktur dan perilaku dari segala fenomena yang ada di dunia ini. Sains dari aspek istilah ialah suatu ilmu yang dihasilkan secara cerapan (analisis dengan menggunakan pancaindera) dan fahaman ataupun huraian yang sistematik mengenai sesuatu kejadian tabii atau alam semula jadi yang berlaku melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur. Sains Islam adalah berasakan wahyu dan akal penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang tidak bercanggah dengan syarak. Antara contohnya ialah Sains Propaedeutik, Sains Syariah dan Sains Falsafah. 

        Teknologi dari segi bahasa, perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología). (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Manakala dari segi istilah pula, teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Antaranya ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. 

          Teknologi dalam Islam ialah satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar bertunjangkan tauhid kepada Allah SWT, seimbang antara satu sama lain yang terlaksana mengikut sistem etika islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah SWT untuk menggunakan alam tabii dengan baik.



       

“Faktor utama dalam penjanaan pemikirannya (umat Islam) bukan semata-mata hal-hal yang berhubung dengan mantik saja. Sebaliknya ia juga merupakan usaha untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan dengan penuh adab dan akhlak yang mulia kerana memenuhi tuntutan Islam itu sendiri. Pemikiran mantik dan rasional bukanlah matlamat terakhir, tetapi hanyalah wahana untuk mencapai matlamat terakhir, yakni mencari kebenaran dan menegakkan keadilan tanpa mengabaikan aspek keinsanan manusia.”
Mohd Yusof Hj. Othman, Pembangunan Sains dan Teknologi Dari Perspektif Islam

Comments

  1. Wow sangat details.. Nice blog

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya pernah dengar dari seorang guru mengatakan perkataan 'sains' itu datangnya dari seorang ilmuan bernama Ibnu 'Sina'..benarkah?

    ReplyDelete
  4. Bolehkah tukar jenis tulisan yang lain sebab saya tak faham tulisan tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts