Sains & Teknologi Zaman Nabi



      Bermula dengan kewujudan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s lagi manusia telah menggunakan sains dan teknologi bagi menjalankan kehidupan di muka bumi ini. Pengutusan para nabi dan rasul membawa syariat yang merangkumi semua perkara termasuk sains dan teknologi. Para nabi dan rasul selain membawa ajaran-ajaran islam mereka adalah penyumbang perkembangan sains dan teknologi.

      Contoh sumbangan sains dan teknologi pada zaman nabi-nabi ialah dalam bidang matematik, astronomi, perubatan, teknologi dan kejuteraan. Bagi bidang matematik seperti sistem angka/nombor, bilangan tahun dan hari, trigonometri, algebra dan angka pecahan dan perpuluhan. Bagi bidang astronomi pula seperti sistem solar dan pergerakkan objek di langit. Bidang perubatan pula seperti mengenal pasti perbezaan penyakit cacar dan campak, menganalisa pelbagai jenis penyakit, Teknik pembedahan dan mencipta alat-alat bedah dan memperkenalkan dos ubat. Dan bagi bidang teknologi dan kejuruteraan pula seperti penciptaan besi, penggunaan tumbuh-tumbuhan, menerokai angkasa lepas, pembinaan masjid al-aqsa di baitul maqdis dan pembinaan Jalan raya.



CONTOH-CONTOH SUMBANGAN PADA ZAMAN NABI

          Pada zaman Nabi Nuh a.s, baginda memiliki ilmu fizik dan matematik yang tinggi. Baginda juga memiliki ilmu pelayaran dan merupakan nakhoda yang cekap. Baginda memilik kemahiran dalam teknologi membuat kapal. Baginda memiliki ilmu sains bahan iaitu sains kayu dan logam besi. Nabi Nuh juga memiliki ilmu teknologi pemprosesan kayu dan logam.



         Pada zaman Nabi Ibrahin pula, baginda pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit. Firman Allah dalam Surah al-An’am: 



        “Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahin kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, da supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.”

          Pada zaman Nabi Daud a.s, Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu. Antara kepakaran baginda ialah teknologi pembuatan baju besi.







Baju Besi tinggalan zaman nabi Daud A.S 




         Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda memiliki semua ilmu sains dan teknologi. Hal ini kerana Nabi Muhammad SAW dianugerahkan sebuah kitab, iaitu kitab Al-Quran. Di dalam Al- Quran yang terkandung segala sumber ilmu pengetahuan. Terdapat 6666 petunjuk di dalam Al-Quran dan daripada jumlah tersebut terdapat lebih 1000 petunjuk yang berkaitan ilmu sains. Baginda juga pakar dalam bidang geologi dan perubatan. Baginda sering mengubati orang yang sakit dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran.


        Kesemua nabi mempunyai kemahiran tertentu yang menjadi mukjizat kenabian yang digunakan untuk menjalankan dakwah kenabian mereka. Ajaran daripada wahyu yang dibawa oleh para nabi sebenarnya merangkumi aspek-aspek spiritual dan material.

Comments

Popular Posts