Sumbangan Sains & Teknologi Bani Abasiyyah


       Antara faktor-faktor yang menyebabkan berkembangnya ilmu ini disebabkan oleh perkembangan aktiviti penterjemahan karya-karya dari luar. Aktiviti penterjemahan berleluasa semasa zaman pemerintahan Khalifah Al-Makmum dan dilakukan secara lebih bersistematk.. Pembinaan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara ketika itu. Pelbagai jenis karya telah diterjemahkan antaranya karya-karya falsafah, astronomi, matematik, kimia, fizik biologi dan perubatan yang berasal dari Yunani, Parsi, Rom, hindi ke Bahasa Arab. Yuhana bin Musawaih dan Hunain bin Ishaq telah dilantik sebagai penterjemah tetap di Baitul Hikmah.

    Tambahan pula, galakan daripada para khalifah dengan mengadakan pelbagai program berunsurkan ilmu seperti :
  • Seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar-pakar perubatan seluruh dunia pada setiap musim haji
  • Menyediakan peruntukan dalam penyelidikan sains dan teknologi.
  • Membina pusat penyelidikan sains seperti balai cerap yang dilengkapi dengan peralatan khusus untuk membantu penyelidikan dalam bidang astronomi.

perkembangan ilmu astronomi


        Pada zaman pemerintahan Bani Abasiyyah telah lahir pelbagai sarjana ilmuwan yang menjadi kebanggan umat islam ketika itu. Sarjana-Sarjana Islam ini meningkatkan lagi pencapaian Islam dalm pelbagai bidang melaluli pengetahuan yang diwariskan daripada Zaman Yunani, Rom, Parsi yang diserap dan digabungkan di dalam kajian yang dihasilkan oleh mereka.

  • Bidang Perubatan 
      Ibn Sina atau gelaran beliau ‘Avicenna’ sebagai tokoh perubatan yang terkemuka. Buku karangannya al-Qanun Fit Tibb atau nama gelaranya ‘Canon of Medicine’ yang terdiri daripada 14 jilid telah dianggap sebagai koleksi himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Kitab tersebut telah diterima pakai di Eropah sebagai buku teks rasmi bidang perubatan  sehingga abad ketujuh belas. Belian telah mengenal pasti pelbagai jenis penyakit dan turut menjelaskan penyakit yang disebabkan oleh pencemaran.

  • Bidang Optik
           Pakar sains islam mengasaskan bidang ini dan meyatakan beberapa penemuan penting berkenaan teori kanta pembesar, kepantas, pengaliran dan biasan cahaya. Abu Ali al-Hasan ibn al-Haitsami yang dikenali sebagai ‘AlHazen’ terkenal sebagai orang yang menentang pendapat bahawa mata mengirimkan cahaya kepada benda yang diliat. Menurut teorinya, sesuatu objek yang mengirimkan cahaya kepada mata. 

         
Teori pembiasan cahaya


  • Bidang Kimia
        Ahli Kimia islam turut mengatasi Alkhemi iaitu rekaan Yunani Hellenistik di mana system       kepercayaan bahawa kesemua logam pada asasnya adalah sama. Oleh itu, logam asas boleh ditukarkan kepada emas sekiranya mempunyai perkakasan yang betul. Hasil ujian pakar kimia Islam sesetengahnya menolak teori penukaran logam sepenuhnya. Bahkan mereka turut menemui pelbagai jenis unsur dan sebatian yang baru seperti soda karbonat, borax, silver nitrat, asid sulfurik dan sebagainya. Selain itu, ahli sains islam Jabir ibnu Hayyan turut menggambarkan proses kimia penyulingan.

Proses distilasi atau penyulingan

  • Bidang Matematik
         Pencapaian teragung pakar sains Islam adalah menggabungkan geometri Yunani dengan sistem nombor Hindu. Dengan pengenalan nombor sifar ‘0’ ataupun ‘null’ yang  kemudianny dikembangkan kepada pengiraan yang berasaskan sistem perpuluhan. Algebra atau ‘al-jabr’ telah dibahaskan dengan lengkap di dalam kitab al-jabr wa al-Muqoibalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi dianggap sebagai karya paling terkemuka dalam perkembangan ilmu matematik. Manakala tokoh ilmuwan Qusta bin Luqa al-Ba’labakki telah menterjemahkan tujuh buku arithmetik karya Diophantus ke dalam Bahasa Arab.

Ilmu algebra yang diguna pakai sehingga zaman kini.

Comments

Popular Posts