Pengenalan

       Dalam era urbanisasi ini, perkembangan sains dan teknologi semakin pesat membangun. Teknologi merupakan hasil karya dan ciptaan manusia. Tujuan wujudnya sains dan teknologi supaya meringankan kerja manusia dalam memenuhi kehendak seharian. Perubahan kemajuan sains dan teknologi dari semasa ke semasa merupakan bukti yang nyata bahawa pemikiran manusia semakin maju. Dalam kehidupan seharian, majoriti masyarakat kini hanya mengetahui betapa canggihnya dunia barat, walhal kalau dikaji dengan lebih mendalam lagi, dunia Islam memiliki kejayaan yang gemilang bahkan lebih canggih dari dunia barat. Kemajuan sains teknologi dunia Islam tidak terlepas dari pengaruh nabi-nabi yang pernah menjadi khalifah di muka bumi ini. Hal ini dapat dibuktikan di dalam Al-Quran betapa canggihnya teknologi zaman dahulu di negara Islam.


      Blog ini dihasilkan sebahagian daripada modul esaimen bagi subjek Islam, Sains & Teknologi dimana pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam pelaksanaan tugas ini. Antara objek dalam penghasilan blog ini adalah

  • Mendefinisikan sains dan teknologi menurut perspektif Islam.
  • Menyatakan maksud sains dan teknologi daripada bahasa dan keilmuan Islam.
  • Membincangkan pencapaian tamadun Islam dalam aspek sains dan teknologi.

Comments

Popular Posts