Penutup
Hasil daripada tugasan ini dapat kami simpulkan bahawa terdapat begitu banyak sumbangan tokoh ilmuwan islam pada dunia sains dan teknologi sama ada pada masa kini mahupun pada zaman mereka tersendiri. Bahkan, hasil penemuan dan penciptaan mereka sendiri menjadi kayra yang paling canggih pada zaman itu.Tambahan lagi, seharusnya kita sebagai rakyat muslim sendiri lebih mengenali dan berbangga dengan kejayaan tokoh ilmuan ini kerana bukan sahaja mereka mengangkat peraban muslim dimata dunia tapi secara tidak lansungnya mereka menunjukkan kita dengan kebesaran Allah swt dimana inspirasi dan buah fikiran itu tercetus dari ayat-ayat Al-quran dan datang nya dari Allah swt. Contohnya seperti Ibnu Firnas yang digelar ‘Manusia Pertama yang Terbang’ dan menemui menemui teori yang dinamakan “ornithopter” yang dianggap sebagai komponen utama dalam menentukan kestabilan sesebuah mesin penerbangan daripada ayat Al-quran. Bagaimanapun, objektif utama Ibnu Firnas pada masa itu bukanlah untuk menghasilkan mesin penerbangan selain untuk membongkar rahsia Allah yang disebutkan dalam ayat suci Al-Quran dalam Surah Al-Mulk ayat 19:
yang bermaksud :
“Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu.” [67:19]
Hendaklah kita sedar, bahawa banyak ilmu-ilmu yang dihasilkan oleh karyawan ilmuan islam yang telah diciplak dan disembunyikan ketulenan nya oleh orang-orang barat . Karya asli mereka telah dialih bahasa dan diciplak lalu dimusnahkan oleh kaum kristian barat pada zaman kejatuhan islam.Kita seharusnya, mendedahkan dan mengenalkan sumbangan tokoh-tokoh ilmuan islam ini pada anak muda generasi kini dan yang akan agar mereka dapat menemui jati diri sebagai muslim sejati dan mengangkat kembali kegemilangan zaman islam dan menjadi insan yang matap dari segi intelektual,rohani mahupun sains dan teknologi.
Comments
Post a Comment