IBN RUSYD
BIOGRAFI
Nama :
Abdul Walid Muhammad bin Ahmad bin Rusyd
Gelaran :
'Averreos' , Ibn Rusyd
Bidang :
Perubatan. Falsafah, Astronomi
Tempat Lahir :
Marrakesh, Morocco
Tarikh Lahir :
10 Disember 1128 Masihi
Sejak kecil Ibn Rusyd mempunyai banyak minat dan bakat. Beliau mendalami pelbagai jenis ilmu pengetahuan antaranya bidang perubatan hukum-hakam (fiqh), matematik dan falsafah. Ayah Ibn Rusyd merupakan seorang ahli fiqh yang berpengaruh di kota Cordova. Bahkan, kebanyakan saudaranya menduduki posisi penting di dalam pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia. Maka dengan itu, beliau dilantik sebagai hakim pada tahun 565 H/1169 M, di Seville dan juga Qadi setelah sepuluh tahun di Cordova. Selain itu, beliau turut dilantik sebagai doktor Istana di Cordova, dan merupakan ahli falsafah dan ahli fiqh yang mempunyai pengaruh besar di kalangan Istana, terutama di zaman Sultan Abu Yusuf Ya’qub al-Mansur (1184-99 M).
Ibn Rusyd di dalam lakaran Fresco the School of Athens yang menggambarkan suasana para ilmuwan di Eropah |
Namun begitu, pengaruhnya di kalangan Istana tidak disenangi oleh kaum ulama dan kaum fuqaha. Sewaktu timbulnya peperangan antara Sultan Abu Yusuf dan kaum Kristian, beliau dituduh membawa aliran falsafah yang tidak sesuai dengan ajaran Islam. Lantaran itu, beliau ditangkap dan diasingkan ke suatu tempat yang bernama Lucena di daerah Cordova.
PENGHASILAN KARYA OLEH IBN RUSYD
Sebagai seorang penulis produktif, Ibnu Rusyd banyak menghasilkan karya-karya dalam berbagai disiplin keilmuan. Menurut Ernest Renan (1823-1892) karya Ibnu Rusyd mencapai 78 buah buku. Antaranya ;-
- 39 buku berkaitan dengan ilmu falsafah
- 5 buku mengenai ilmu Qalam
- 8 buku tentang ilmu fiqh
- 20 buku mengenai ilmu perubatan
- 4 buku merangkumi ilmu falak, astronomi dan matematik
Namun begitu hasil karya beliau tentang ilmu perubatan sangat menonjol pada abad ke-12 dan kitab-kitab perubatan yang beliau hasilkan masih lagi diaplikasi dan dipraktikkan serta dikembangkan dan menjadi rujukan sehingga kini. Kebanyakan hasil karya beliau telah banyak dimusnahkan dan sebahagian yang dapat diselamatkan telah di alih bahasa kepada bahasa Latin dan Sepanyol sehingga karya asal Ibnu Rusyd tidak dapat ditemukan.
SUMBANGAN IBN RUSYD DALAM BIDANG PERUBATAN
Kitab al-Kulliyah fi al-Thibb. Ensiklopedia Perubatan. (1162M)
Terjemahan dalam bahasa Latinnya dikenali sebagai ‘Colliget’. Manakala salinan di dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai ' General Rules of Medicine' Di dalamnya, Ibn Rusyd menghuraikan pelbagai aspek perubatan termasuklah diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit.
Buku ini memfokuskan bidang-bidang khusus berbanding al-Qanun fi Tibb karya Ibn Sina, tetapi ia mengandungi beberapa pemerhatian tulen Ibn Rusyd. Para penulis sejarah mengungkapkan kedalaman pemahaman Ibnu Rusyd terhadap bidang perubatan dengan berkata,
“Fatwanya dalam ilmu perubatan dikagumi sebagaimana fatwanya dalam fiqh. Semua itu disebabkan kedalaman ilmu falsafahnya dan ilmu kalamnya.”
GERAKAN AVERROISME
Averroisme merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan penafsiran falsafah Aristoteles yang dikembangkan Ibn Rusyd oleh pemikir-pemikir Barat-Latin, atau juga disebut gerakan intelektual yang berkembang di Barat pada abad ke 13-17.
Ketika beliau dihukum buang daerah ke Lucena, beliau telah disambut oleh murid-muridnya, seperti Maimunides dan Josef Benjehovan yang beragama Yahudi. Pemimpin kerajaan Bani Umayyah ketika itu telah mengeluarkan perintah untuk membakar kesemua karyanya sekaligus melarang pembacaan karya-karyanya. Namun begitu, kegiatan menulis dan mengajar Ibnu Rusyd tetap berlangsung lantaran daripada beberapa pengikut setianya. Dan dalam waktu yang singkat, karya-karya beliau telah muncul di beberapa tempat di Eropah.
Penerimaan pemikiran Ibn Rusyd di Eropah terbahagi kepada dua kelompok, yaitu kelompok yang menentang pemikiran-pemikiran Ibnu Rusyd (golongan gereja) ; dan kelompok yang mendukung pemikiran Ibnu Rusyd yang dipelopori oleh para ilmuwan. Suasana pertentang ini menjurus pada semakin maraknya perbincangan falsafah Ibnu Rusyd pada abad XIII, sehingga lahir kelompok yang menamakan diri mereka dengan al-Rasyidiyin al-Latiniyin.
Larangan dan kutukan gereja terhadap Averroisme tidak membuat surutnya perkembangan gerakan intelektual ini, malah sebaliknya semakin tersebar ke wilayah yang lainnya di sekitar benua Eropah. Hal ini beerikutan, pernyataan yang telah dikueluarkan oleh Johannes bahawa Averroisme itu benar, kitab Suci juga benar, baginya kebenaran ada dua yaitu kebenaran filosofis dan kebenaran teologi.
Gerakan Averroisme yang menandakan semangat rasional yang sejurusnya melahirkan Renaisans di Eropah. ‘Renaissance’ iaitu kebangkitan Eropah dalam bidang ilmu pengetahuan warisan Yunani dan Romawi yang pernah padam. Sekaligus melepaskan keterikatan dengan gereja sebagai agama utama di Eropah. Era renaisans Eropah muncul pada abad ke-14 hingga sekitar pertengahan abad ke-17.
terbaik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteinfo yang bagus
ReplyDeleteIsi yang lengkap dan padat😊
ReplyDelete