Kerajaan Bani Umayyah Andalusia



Wilayah penguasaan dinasti Umayyah

       Kerajaan Dinasti Umayyah merupakan kerajaan Islam yang berasaskan system perwarisan yang pertama selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum bani Quraisy Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 – 750M. Asal nama kerajaan Bani Umayyah adalah mengambil nama sempena nama datuk Muawiyah,pengasas kerajaan ini iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams, seorang pemimpin kaum Quraisy yang kaya dan berpengaruh.



PENAKLUKAN SEPANYOL


'Tariq Ibn Ziyad The Conquerors of Spain'

          Sepanyol diduduki oleh umat Islam pada zaman Khalifah Al-Walid (705-715 M) dimana ketika itu kerajaan Bani Umayyah masih lagi berpusat di Damaskus. Dalam proses penaklukan Sepanyol, 3 pahlawan Islam telah diberi mandat untuk memimpin pasukan ketenteraan iaitu Tharif ibn Malik, Thariq ibn Ziyad, dan Musa ibn Nushair. Thariq ibn Ziyad memimpin pasukan tentera menyeberangi lautan Gibralta (Jabal Thariq) menuju ke semenanjung Iberia. Pasukan dibawah Thariq hanya berjumlah 7000 orang dan tambahan pasukan 5000 tentera yang memang tak sebanding dengan tentera pasukan Gothik yang berkekuatan 100,000 lengkap bersenjata. Namun akhirnya, Thariq bin Ziyad mencapai kemenangan, dengan mengalahkan Raja Foderick di Bakkah dan menaklukan kota-kota penting seperti Cordova, Granada, Toledo dan hingga akhirnya menguasai seluruh kota penting di Sepanyol.




KEJATUHAN BANI UMAYYAH DI DAMSYIK

            Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik telah jatuh pada tahun 750M. Abdul Rahman al-Dakhil dan kaum keluarga Bani Umayyah telah ditangkap, diseksa dan dibunuh oleh pemerintah Bani Abasiyyah yang baru. Abdul Rahman al-Dakhil berjaya melarikan diri dari cengkaman kejam pemerintah yang baru sehingga ke Palestin, kemudiannya ke Mesir dan seterusnya ke kawasan pantai Maghribi pada 755M. Baginda telah menetap bersama keluarga berbangsa Badar. Pada awal cadangannya, baginda ingin ke Sepanyol untuk mencari pengaruh. Oleh itu, baginda mengutuskan orang suruhannya Badr, ke Sepanyol untuk mendapatkan sokongan. Badr telah berjumpa dengan ketua kumpulan tentera Syria ( Syamiyyin ) dan berjaya meyakinkan pemimpin-pemimpin tentera tersebut. Mereka bersedia menyambut kedatangan Abdul Rahman al-Dakhil. Badr dan wakil dari Sepanyol iaitu Abdul Ghalib Tamman pulang ke Maghribi untuk memberitahu Abdul Rahman al-Dakhil. Selepas itu mereka berangkat ke Sepanyol pada bulan September 755M. Pada bulan Mei 756M, Abdul Rahman al-Dakhil dan tentera Syria bertempur dengan tentera suku Qais yang memerintah pada masa itu. Mereka berjaya menewaskan tentera Qais. Selepas itu Andalusia jatuh ke tangan Abdul Rahman al-Dakhil dan diisytiharkan menjadi Amir di Andalus.


         Kerajaan Bani Umayyah memerintah sendiri dan bebas dari kuasa luar kerana dahulunya kerajaan Islam di Andalus diletakkan di bawah kerajaan Bani Umayyah di Damsyik yang mewakilkan kepada gabenornya di Afrika Utara untuk melantik pemimpin atau gabenor di Andalus. Akan tetapi setelah berlaku perubahan itu, maka kerajaan Bani Umayyah di Andalus berada di bawah pimpinan seorang Amir yang akan mencari identitinya sendiri.





KERAJAAN BANI UMAYYAH DI ANDALUSIA


Wilayah Penguasaan Bani Umayyah yang berpusat di Andalusia

           Al Andalus yang bermaksud “untuk menjadi hijau pada akhir musim panas” dan merujuk kepada wilayah yang diduduki oleh kerajaan Muslim di Sepanyol Selatan yang meliputi kota-kota seperti Almeria, Malaga, Zadiz, Huelva, Seville, Cordova, Jaen dan Granada.




STRUKTUR PEMERINTAHAN 

    Kerajaan Bani Umayyah yang berpusat di Andalusia mengamalkan sistem pentadbiran berasakan kerajaan Rom iaitu bersifat 'centralistic'. Manakala sistem autokrasi diamalkan sepenuhnya iaitu kuasa pemerintahan dibawah tangan khalifah. Sistem pemerintahan dipraktikkan secara warisan sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik sebelumnya, 

       Wilayah Cordova dijadikan sebagai ibu kota negara. . Hal ini kerana kotanya yang strategik untuk menjalankan pelbagai urusan.Ketika zaman pemerintaha Khalifah Abd. Rahman al-Dakhil, baginda membangunkan kota ini dan memperindahkannya. Bahkan baginda turut membina benteng di sekeliling kota dan istananya.Sepeninggal al-Dakhil, Cordova terus berkembang dan menjadi salah satu kota yang terkemuka di dunia.Peninggalan al-Dakhil yang kini masih tegak berdiri adalah Masjid Jami' Cordova.

Berikut merupakan senarai khalifah/amir yang menjadi pemerintah sepanjang Dinasti Bani Umayyah.

  • Abdurrahman ad-Dakhil (Abdurrahman I), tahun 756-788 M.
  • Hisyam bin Abdurrahman (Hisyam I), tahun 788-796 M.
  • Al-Hakam bin Hisyam (al-Hakam I) , tahun 796-822 M.
  • Abdurrahman al-Ausat (Abdurrahman II) , tahun 822-852 M.
  • Muhammad bin Abdurrahman (Muhammad I) , tahun 852-886 M.
  • Munzir bin Muhammad, tahun 886-888 M.
  • Abdullah bin Muhammad, tahun 888-912 M.
  • Abdurrahman an-Nasir (Abdurrahman III) , tahun 912-961 M.
  • Hakam al-Muntasir (al-Hakam II) , tahun 961-976 M.
  • Hisyam II, tahun 976-1009 M.
  • Muhammad II, tahun 1009-1010 M.
  • Sulaiman, tahun 1013-1016 M.
  • Abdurrahman IV, tahun 1016-1018 M.
  • Abdurrahman V, tahun 1018-1023 M.
  • Muhammad III, tahun 1023-1025 M.
  • Hisyam III, tahun 1027-1031 M.



KEJATUHAN EMPAYAR UMAYYAH DI ANDALUSIA

       Andalusia yang diperintah oleh satu kerajaan, satu khalifah, telah berpecah menjadi 20 buah kerajaan kecil. Pembentukan kerajaan-kerajaan kecil iataupun dikenali sebagai Muluk al-Tawa'if, ia wujud disebabkan semangat puak, sikap fanatik terhadap bangsa. Fenomena ini berlaku setelah pucuk pimpinan di Cordova menghadapi masalah dalaman dalam merebut kuasa sebagai pemerintah dan juga wilayah penguasaan Ketika itu pemerintahan mereka hanya melibatkan wilayah Granada sahaja yang dimana terletaknya istana Al-Hamra'.

Pemandangan istana Al-Hambra

        Tambahan pula Berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, pergolakan anak-beranak diraja berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada. Sikap Abu Abdullah yang hilang pertimbangan dan tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang diputuskan oleh bapanya, menyebabkan beliau memberontak sehingga sanggup mengorbankan nyawa bapanya. 
Bahkan perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama dengan Raja Ferdinand untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang oendek disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan wilayah Granada. Berikutan itu, masyhurlah kisah Raja Ferdinand yang beristerikan Isabella itu sebagai satu-satunya raja yang berjaya menumbangkan kerajaan Islam di Andalus.

        Umat Islam dibunuh atas restu Pope dan ada yang dihalau keluar dari Andalusia, bahkan ada di antara mereka yang terus diperangi lagi dan lagi walaupun sudah bersedia keluar dari Andalusia. Musibah ini turut terpalit kepada kaum Yahudi, di mana tiada kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam menjadi lemah seterusnya runtuh.

Comments

Popular Posts