AL-ZARQALI



BIOGRAFI

Nama :
Abu Ishaq Ibrahim Ibnu Yahya al-Zarqali

Gelaran :
Al-Zarqallah / Arzachel

Bidang :
Astronomi

Tempat Lahir:
Toledo, Andalusia 1029 Masihi


HASIL PENEMUAN AL-ZARQALI

          Pada akhir abad kesebelas M, al-Zarqali menemukan bahawa orbit planet adalah berbentuk elips atau lonjong, bukan bulat. Pada 1060 M, al-Zarqali telah mencipa alat pencerapan untuk astronomi  yang didedikasikan untuk Yahya Ibnu Abi Mansur. Pada awalnya, al-Zarqali bekerja dengan menghasilkan peralatan untuk para ilmuwan lain kerana reka ciptaanya yang luar biasa menarik perhatian para ilmuwan lain. Dictionary of Scientific Biography ada meenyatakan bahawa pada tahun 1062 M, al-Zarqali telah  tercatat sebagai anggota kumpulan para ilmuwan di Andalusia.

Reka Cipta Jam Air

       Selain itu, salah satu penemuan al-Zarqali yang paling fenomenal adalah kaedah pembuatan jam air di Toledo. Jam yang diciptakannya itu masih lagi berfungsi sehingga tahun 1135 M. Penemuannya itu kemudian menarik perhatian Raja Alphonso VI sehinggakan beliau cuba untuk mengetahui bagaimana jam tersebut berfungsi dan mengarahkan Hamis Bin Zabara menceraikann setiap bahagiannya satu-persatu. Malangnya setelah ia diceraikan tiada siapa yang dapat memasangnya semula seperti keadaan asal. 


Jam Air 

       Menurut Ahmad Thomson jam ini mempunyai dua bekas air yang mana akan terisi air ataupun kosong mengikut keadaan bulan sabit mahupun bulan penuh. Jika bulan penuh, maka kedua-dua bekas ini akan penuh dan mula berkurangan selepas 15 haribulan dan akan kosong sepenuhnya apabila mencecah ke malam 29.

Astrolabe


         Selain itu ciptaan beliau, yang paling menarik perhatian ialah ciptaan yang paling canggih dan tepat iaitu “astrolabe” mendatar. Beliau turut menyertakan panduan penggunaannya dinamakan al-Safiha al-Zarqaliya dan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah astronomi untuk semua laltitud dan termasuk juga koordinasi 29 bintang juga ditandakan dan juga mampu memantau pergerakan matahari. Teknologi astrolab yang diciptakan beliau juga boleh menentukan masa/waktu dan mengecam bentuk bintang zodiak.

         Ciptaan beliau ini telah menarik beberapa tokoh dunia selepasnya seperti Raja Alfonso dan Regiomontanus untuk menggunakannya dan mengkaji ciptaan beliau hingga panduan penggunaannya dialih ke beberapa bahasa seperti Latin dan Roman-Sepanyol.

       Sebagaimana tokoh ilmuwan Islam yang lain beliau juga turut membetulkan teori dari tokoh sains dan teknologi Greek dan sekali lagi menafikan sains Islam adalah bayangan dari Greek. Sebagai contoh, melalui kiraan Plotemy, beliau menganggarkan bahawa jarak laut Mediterranean adalah 62º namun kemudian dibetulkan oleh al-Khwarizmi kepada 52 º manakala al-Zarqali memberikan bacaan yang paling tepat iaitu 42º.

'TOLEDAN TABLE'

      Hasil ciptaan 'Toledan Table' telah memberi nafas baru kepada para astronomi kerana berjaya menjadikan kenyataan untuk memposisikan sistem planet-planet secara berkomputer. Beliau kemudiannya telah menyunting jadual yang telah dihasilkan beliau di balai cerap beliau di Toledo, Andalusia, dan juga jadual-jadual lain yang terhasil dari para astronomi lain dari kalangan Islam mahupun bukan Islam. Manakala 'Marseilles Table' yang berdasarkan daripada 'Toledan Table' diadaptasi sehingga menjangkaui meridian London, Paris dan Pisa. Raymond dari Merseilles merupakan salah satu tokoh yang pertama kali mengadaptasi ciptaan beliau di benua Eropah. Leopold dari Austria juga tercatat sebagai ahli astronomi Austria yang juga terpengaruh dengan pemikiran al-Zarqali. Tak cuma itu, 'Alfonsinas Table' yang dihasilkan oleh  Alfonso juga disusun berdasarkan pada hasil kerja al-Zarqali.

TEORI PERGERAKAN MATAHARI

         Al- Zarqali merupakan tokoh ilmuwan  yang pertama menjelaskan secara terperinci tentang pergerakan matahari yang menjauhi bumi (aprehelion) yang mana jaraknya yang mennjauhi dari bumi sebanyak 12.0 saat per/tahun dan melalui kaedah kajian moden jarak yang sebenarnya ialah 11.8 saat per/tahun. Kajian-kajian yang dibuat beliau telah menjadi rujukan oleh Nicolaus Copernicus dalam mentafsirkan matahari sebagai pusat sistem solar dalam tesisnya "De Revolutionibus Orbium Celestium”


KARYA PENULISAN AL-ZARQALI

- Al Amal bi Assahifa Az-Zijia"
- "Attadbir"
- "Al Madkhal fi Ilm Annoujoum"
- "Rissalat fi Tarikat Istikhdam as-Safiha al-Moushtarakah li Jamiâ al-ouroud"
- "Almanac Arzarchel"

Comments

  1. Al-Zarqali merupakan tokoh astronomi yg amat disegani..beliau juga merupakan idola dan ispirasi saya untuk menjadi seorang ahli astronomi bila besar nanti..terima kasih kerana berkongsi bnyk input yg bermanfaat 👍

    ReplyDelete
  2. ringkas dan mudah difahami

    ReplyDelete
  3. Yeke? Saya ingat selama ni Al-Khwarizmi merupakan tokoh astronomi rupanya Al-Zarqali. Thanks for the info ia ringkas tapi padat dan senang untuk difahami. Keep it up 👍

    ReplyDelete
  4. Info yang bagus untuk dikongsi

    ReplyDelete
  5. Selama nie xpernah kenal pom siapa al-Zarqali. Terima kasih atas info yang bermanfaat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts